Isnin, 9 Mei 2011

BERMULA ESOK GULA NAIK LAGI

       Apalah nasib aku jadi rakyat Malaysia. kenapalah aku x jadi rakyat Monggolia macam Antantuyol. Kenapalah  aku selalu di tindas oleh org yg suka menindas. Minyak naik,gula naik,tanah naik, minyak masak naik, darah naik, pendek kata semua la naik, yang tidak naik-naik gaji aku. masih stay ke takuk lama lagi. aku rasa dah lima tahun gaji x naik-naik . tapi gula tahun ini sahaja dah 4 kali naik dari RM1.60 januari 2010 ke RM2.30 sekarang,bertuah kau gula. 
          Apakah salah kami jadi rakyat malaysia. Sebagai rakyat Msia, aku terpaksa menanggung beban kerajaan. Aku terpaksa membayar pelbagai jenis cukai. Cukai celcom, Telekom, kad kredit, Astro setiap bulan ,cukai pendapatan, tol, cukai pintu, lesen,cukai jalan,pendek kata banyak lagilah  cukai terpaksa aku bayar. Semua duit aku dan rakyat Malaysia bayar, akan masuk  dalam akaun kerajaan. Itulah dinamakan pengorbanan rakyat terhadap kerajaan. Tapi tidak cukupkah lagi pengorbanan rakyat terhadap kerajaan selama ini. Tidakkah sepatutnya kerajaan berkorban kepada rakyat. Jika rakyat minta kenaikan gaji, kerajaan bagi alasan kewangan kerajaan tidak mengizinkan, jika kerajaan menaik gaji menyebabkan kerajaan terpaksa mengeluarkan kewangan yang banyak.Aku boleh terima alasan tersebut, mungkin kerajaan mahu berjimat mengunakan duit rakyat. tapi aku tengok semua pemimpin, baik yang paling rendah mahupun tertinggi selalu keluar negara. Ada pulak duit untuk ke luar negara, tadi kata kerajaan mahu berjimat cermat , tapi  dari mana pulak datangnya duit nak menanggung mereka ke luar negara. Bila rakyat mintak naikkan gaji, kata x ada duit  tapi pemimpin negara sedap-sedap melancong ke luar negara. setiap bulan pulak tu..habis negara mereka pergi. Rakyat nak beli gula fikir banyak kali, sbb x da duit tapi mereka baju dalam pun beli di luar negara sbb tu la cukai baju dalam turun. 
    Jika aku merungut nanti ada org kata aku tergolong rakyat tak berterima kasih diatas pemberian kerajaan selama ini. tapi pada pendapat aku kita jangan sempitkan  fikiran kita antara  pemberian kerajaan dengan tanggungjawab kerajaan..siapa2 jadi kerajaan walaupun dia tu beruk sekali pun wajib menunaikan tanggungjawab dan menjaga kebajikan rakyatnya, bukannya  rakyat yang patut menjaga kebajikan kerajaan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan