KUALA LUMPUR, 16 Mei: Rakyat terus ditipu lagi dengan permainan licik kerajaan Umno BN, apabila harga petrol RON95 akan dinaikkan setelah harganya kini begitu membebankan.
Pada hal tiga lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata rakyat tidak perlu risaau kerana harga RON95 tidak akan dinaikkan.
Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, cakap Datuk Ismail Sabri itu bagaimanapun tidak boleh dipakai kerana ia hanyalah untuk mengelirukan rakyat.
Menurut beliau, kenaikan petrol RON95 tidak sepatutnya berlaku kerana jika RON95 dinaikkan ia pasti akan melibatkan bebanan seluruh rakyat.
Katanya, keadaan itu berbeza dengan RON97 yang hanya digunakan oleh golongan tertentu sahaja, tetapi jika RON95 dinaikkan ia pasti akan turut melibatkan kenaikan harga barangan lain yang pasti akan lebih menghimpitkan lagi kehidupan rakyat pelbagai peringkat.
"Dalam hal ini, saya cukup hairan apabila tiga hari lalu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sendiri yang mengatakan harga RON95 tak akan dinaikkan, hari ini dia sendiri pula yang minta rakyat bersedia kerana RON95 akan dinaikkan lagi atas alasan kenaikan harga minyak dunia.
"Jadi ini jelas menunjukkan cakap pemimpin Umno yang tak boleh dipakai, cakap orang yang tak ada penelitian, tak tegas dan ternyata hanya untuk mengelirukan rakyat sahaja," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Bernama hari ini yang mengatakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta rakyat bersedia dengan kemungkinan berlaku kenaikan harga petrol RON95.
Menurut Ismail, kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka akan dibuat sekali lagi bulan depan.
"Saya ingin rakyat bersedia. Saya tidak mahu nanti rakyat terkejut, kata harga minyak tidak naik tetapi akhirnya naik juga," katanya ketika mengulas laporan akhbar baru-baru ini bahawa harga bahan mentah itu tidak akan naik buat masa ini.
Ismail Sabri berkata, kenyataan tidak akan naik buat masa ini tidak bererti harga bahan mentah itu tidak akan naik.
"Jadi rakyat kena bersedia untuk sebarang kemungkinan kerana trend penurunan harga minyak tidak mungkin berlaku. Ini bermakna sama ada harga akan kekal atau pun naik. Jadi ia bergantung kepada kajian itu," katanya.
Kali terakhir harga RON95 naik pada Disember tahun lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter. Tiga hari lalu, Ismail berkata, kerajaan memberi jaminan bahawa harga minyak petrol RON95 tidak akan dinaikkan buat masa ini.
Beliau juga dilaporkan berkata, kerajaan masih mengkaji untuk mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut pasaran minyak dunia.
Mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, Mohd Hatta yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai turut kesal dan hairan dengan kenyataan Ismail Sabri Yaakob yang mengatakan trend penurunan harga minyak tidak mungkin berlaku.
"Kenyataan itu amat pelik kerana harga minyak dunia sendiri ada turun naiknya. Jadi kenapa pula harga minyak di Malaysia tak ada penurunannya?
“Ini adalah kenyataan yang amat tidak bertanggungjawab," katanya.
Sehubungan itu, beliau turut meminta Kerajaan BN mengkaji balik cadangan untuk mengkaji kembali rasionalisasi subsidi kerana kerajaan tidak mempunyai sebarang alasan untuk mengurangkan subsidi kepada rakyat.
"Malah dalam apa keadaan sekalipun, rakyat amat memerlukan subsidi dari kerajaan terutama yang melibatkan minyak. Subsidi untuk minyak pula terutama RON95 melibatkan seluruh rakyat.
"Kerajaan BN jangan pula hanya memberikan subsidi kepada pihak tertentu sahaja seperti IPT yang hanya untuk golongan tertentu sahaja, manakala subsidi RON95 yang melibatkan pelbagai peringkat hendak dikurangkan lagi," katanya.
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3317-ron95-rakyat-akan-ditipu-lagi
Isnin, 16 Mei 2011
Selasa, 10 Mei 2011
Kenaikan harga gula beri kesan rantaian
| http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3207-kenaikan-harga-gula-beri-kesan-rantaian-fomca |
| KOTA BAHRU, 10 Mei: Kenaikan harga gula sebanyak 20 sen dikhuatiri akan memberi kesan rantaian kepada kenaikan pada harga barang keperluan yang lain. Timbalan Presiden Fomca Malaysia, Haji Ahmad Othman berkata, pihaknya bimbang kesan kenaikan harga gula akan memberi kesan kepada kenaikan harga barang lain. Namun begitu, beliau lebih bimbang dengan bekalan yang kurang berbanding dengan kenaikan harga. Kerajaan telah menaikkan harga gula sebanyak 20 sen mulai hari ini. Menurut kerajaan, kenaikan itu sebahagian daripada langkah rasionalisasi, yang akan membolehkan kerajaan menjimatkan RM116.6 juta. Minggu lalu, harga petrol RON97 mengalami kenaikan 20 sen seliter. Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberikan masa sebulan untuk kerajaan mengurangkan harga barangan khasnya yang diimport ekoran kenaikan nilai ringgit berbanding dollar Amerika. Nilai ringgit naik kepada bawah RM3.00 untuk satu dollar Amerika minggu lalu iaitu kenaikan tertinggi sejak diikat pada kadar RM3.60 untuk satu dollar Amerika sebelum ini. Bagi Setiausaga Agung DAP itu, jika nilai ringgit naik beerti harga barangan yang dimport akan turun. Ia termasuklah gula dan petrol kerana Malaysia menggunakan petrol yang diimport kerana minyak yang dikeluarkan berkualiti tinggi dan sesuai untuk dieksport. Namun, harga barangan bukannya turun ekoran kenaikan nilai ringgit bahkan dinaikkan lagi oleh kerajaan. Manakala itu, sesetengah pihak pula yakin tindakan pembekal gula mengurangkan bekalan bertujuan memaksa kerajaan agar bersetuju dengan tuntutan mereka untuk menaikkan harga. Ekoran itu, ada yang kesal dengan kegagalan kerajaan menguatkan kuasakan undang-undang dan memastikan bekalan gula sentiasa mencukupi. “Gula naik 20 sen ni memang sepatutnya sebab bekalan di pasaran agak kurang. “Tetapi pihak saya bimbang harga barang lain turut akan naik kesan dari kenaikan harga gula ini,” kata Ahmad sewaktu dihubungi. Tambahnya, dari maklumat dari pihaknya dapat, rakyat mahu bekalan gula di pasaran sentiasa ada walaupun mengalami kenaikan harga. Ekoran tekanan kekurangan bekalan di pasaran menyebabkan rakyat pasrah dan menerima kenaikan harga asalkan ia ada di pasaran. Ia diakui sendiri oleh Haji Ahmad dalam kenyataannya, “Rakyat tak kisah sangat harga gula naik 20 sen ni asalkan bekalan gula setiasa ada di pasaran.” |
Isnin, 9 Mei 2011
Harga gula naik 20 sen
Mei 9, 11 6:57pm
Kongsi 2134
Harga gula akan naik 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa esok (10 Mei).Penyelarasan subsidi itu akan membolehkan kerajaan berjimat sebanyak RM116.6juta.
Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mohd Zain Mohd Dom, kenaikan itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Ekonomi pada hari ini.
"Langkah ini adalah selari dengan strategi jangka panjang kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi secara berperingkat-peringkat," kata Mohd Zain.
Jelasnya, walaupun perubahan harga runcit dibuat, ia adalah lebih rendah berbanding negara serantau, termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.
Beliau malah menyebut harga gula di negara-negara berkenaan sebagai perbandingan.
Kali terakhir harga gula naik pada 4 Disember lalu, sejajar dengan kenaikan Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG).
Kenaikan yang dikenali sebagai "4-dalam-1" itu menimbulkan kemarahan banyak pihak, termasuk mewujudkan beberapa siri bantahan, terutamanya sekitar Kuala Lumpur.
Pada masa itu, harga gula turut meningkat 20sen, menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.
Sebelum itu, berlaku juga kenaikan pada 15 Julai tahun lalu dalam kenaikan "5-dalam-1.
Selain gula, turut mengalami kenaikan dua gred petrol, diesel, gula dan gas pada masa itu.
petikan dari malaysiakini
http://www.malaysiakini.com/news/163669
BERMULA ESOK GULA NAIK LAGI
Apalah nasib aku jadi rakyat Malaysia. kenapalah aku x jadi rakyat Monggolia macam Antantuyol. Kenapalah aku selalu di tindas oleh org yg suka menindas. Minyak naik,gula naik,tanah naik, minyak masak naik, darah naik, pendek kata semua la naik, yang tidak naik-naik gaji aku. masih stay ke takuk lama lagi. aku rasa dah lima tahun gaji x naik-naik . tapi gula tahun ini sahaja dah 4 kali naik dari RM1.60 januari 2010 ke RM2.30 sekarang,bertuah kau gula.
Apakah salah kami jadi rakyat malaysia. Sebagai rakyat Msia, aku terpaksa menanggung beban kerajaan. Aku terpaksa membayar pelbagai jenis cukai. Cukai celcom, Telekom, kad kredit, Astro setiap bulan ,cukai pendapatan, tol, cukai pintu, lesen,cukai jalan,pendek kata banyak lagilah cukai terpaksa aku bayar. Semua duit aku dan rakyat Malaysia bayar, akan masuk dalam akaun kerajaan. Itulah dinamakan pengorbanan rakyat terhadap kerajaan. Tapi tidak cukupkah lagi pengorbanan rakyat terhadap kerajaan selama ini. Tidakkah sepatutnya kerajaan berkorban kepada rakyat. Jika rakyat minta kenaikan gaji, kerajaan bagi alasan kewangan kerajaan tidak mengizinkan, jika kerajaan menaik gaji menyebabkan kerajaan terpaksa mengeluarkan kewangan yang banyak.Aku boleh terima alasan tersebut, mungkin kerajaan mahu berjimat mengunakan duit rakyat. tapi aku tengok semua pemimpin, baik yang paling rendah mahupun tertinggi selalu keluar negara. Ada pulak duit untuk ke luar negara, tadi kata kerajaan mahu berjimat cermat , tapi dari mana pulak datangnya duit nak menanggung mereka ke luar negara. Bila rakyat mintak naikkan gaji, kata x ada duit tapi pemimpin negara sedap-sedap melancong ke luar negara. setiap bulan pulak tu..habis negara mereka pergi. Rakyat nak beli gula fikir banyak kali, sbb x da duit tapi mereka baju dalam pun beli di luar negara sbb tu la cukai baju dalam turun.
Jika aku merungut nanti ada org kata aku tergolong rakyat tak berterima kasih diatas pemberian kerajaan selama ini. tapi pada pendapat aku kita jangan sempitkan fikiran kita antara pemberian kerajaan dengan tanggungjawab kerajaan..siapa2 jadi kerajaan walaupun dia tu beruk sekali pun wajib menunaikan tanggungjawab dan menjaga kebajikan rakyatnya, bukannya rakyat yang patut menjaga kebajikan kerajaan
Selasa, 3 Mei 2011
KETUA KAYA RAKYAT MISKIN
Cantik dan mewah..Kenalkah rumah siapa nih? siapakah pemiliknya? tak mungkin rakyat Malaysia tidak mengetahui siapa pemilik rumah ini. Siapa tidak mahu memiliki rumah semewah ini. Adakah kita mampu? tapi bagaimana pemilik rumah ini dapat membinanya. Seharusnya rakyat Malaysia mesti mengetahui bagaimana pemilik rumah dapat membina rumah yang sebegitu mewah walhal pendapatannya sebagai ketua negeri belum tentu dapat membina rumah ini.
Dengar cerita pemiliknya di dakwa oleh SPRM kerana rasuah tapi apa cerita kesnya sekarang. senyap je sampai ke hari ini.. tidak ada pendakwaan di mahkamah.
Dengar cerita pemiliknya di dakwa oleh SPRM kerana rasuah tapi apa cerita kesnya sekarang. senyap je sampai ke hari ini.. tidak ada pendakwaan di mahkamah.
Langgan:
Catatan (Atom)
